Friday, 5 April 2013

[18SX!!!] "Permainan’ Licik Alvin Dan Vivian Berbogel Sambil Pegang Bendera BN…"

Baru-baru ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.

Jika ditafsir secara 'direct', ia terang-terangan menunjukkan pasangan itu adalah penyokong BN.

Sekaligus membuatkan masyarakat merasa jelik dengan parti itu kerana didokong oleh manusia seperti Alvin dan Vivian!

Tetapi sebenarnya bukan payah untuk 'menafsir' tindakan mereka berdua.

Apa yang kita lihat itu hanya 'yang tersurat' tetapi sebaliknya ada maksud 'yang tersirat'.

Mereka berdua tahu, tindakan sebegini akan menimbulkan perasaan marah bukan saja pada mereka tetapi juga pada parti BN itu sendiri.

Kita tahu betapa marahnya Alvin dan Vivian kepada kerajaan kerana telah mengutuk perbuatan mereka melakonkan adegan seks sebelum memuatnaik ke dalam akaun You Tube tidak lama dulu

Kita tahu Alvin dan Vivian marah dengan kerajaan bila sesi temuramah mereka dengan sebuah stesen radio tempatan  telah 'disekat' oleh kerajaan.

Dan yang lebih kita tahu, mereka berdua SANGAT BERDENDAM dengan kerajaan sedia ada yang diterajui oleh BN ini.

Jadi salah satu cara untuk membalas rasa 'dendam' itu sudah tentu melalui tindakan sabotaj sebegini.

Yang pasti mereka berdua akhirnya telah meminta maaf seperti yang mereka tulis dalam FB mereka.

Sejauh mana 'keikhlasan' permohonan maaf itu tidaklah kita tahu.

Yang pasti mereka telah berjaya membalas dendam dan amarah mereka dengan cara yang sangat jijik ini.

Malangnya mereka boleh tipu semua orang, tetapi mereka lupa bukan semua orang boleh tertipu dengan mereka, CHECKMATE! –
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kit Siang akan ditanam di Johor




01:17pm, 01 April 2013

JOHOR BHARU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi 'kubur' kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.

"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN," katanya pada majlis 'Bicara Minda' anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.

Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat 'Ubah' dan 'Tukar' kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.

Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.

"Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia," katanya.

Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.

"Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri," katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.

Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.

"Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.

Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.

Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.

Petanda Tok Jan nak gelincir



Semalam Menteri besar Kedah Dato Azizan jatuh ketika hendak menuju ke keretanya selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi  Pakatan Rakyat di Ibupejabat Parti Keadilan Nasional (PR) di Tropicana Selangor.

Macam petanda kejatuhan seorang lagi MB Kedah...

Ingat ye ... dalam politik Kedah, belum ada mana-mana MB yang turun cara elok. Semuanya melalui kontroversi.

Pakrolrazi ... jaalankan kerja kau hehehe ....

Video kekejaman dan ketidakadilan DAP







Kelantan patut syukur MB mereka tuhan



Solat orang UMNO tiada pahala?

KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 mendakwa UMNO merupakan sebuah parti murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu. - Utusan Malaysia

Giler ke PAS gi pertahan Khairul Fahmi









Kalau nak kutuk UMNO sekali pun, apa perlu dikaitkan dan diguna Nabi Muhamamd sebagai contoh. Tak faham hukum ke?

Oh lupa nama Allah mereka sedia jaja untuk politik. Inikan nama nabi pula???

Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol



KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).


Beliau berkata, Aishah (gambar) sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand.

"Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu.

Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol.

"Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.

Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti.

"Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga.

"Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman (gambar kanan)
Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.

Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu.

"Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily.

Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.

BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi.