
KUALA LUMPUR: Penulis
lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan
penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU 13).
Beliau berkata, Aishah (gambar)
sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi
ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.
Aishah
atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda
(Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New
Zealand.
"Ya,
saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang
berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak
berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Aishah
yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di
Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di
Taman Melewar Rabu lalu.
Bob juga
berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan
sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol.
"Kami
rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti
turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru
masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.
Dalam
pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang
kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti.
"Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga.
Menurut
sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah
bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang
sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.
Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu.
"Dengan
kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya
yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang
menghubungi Harakahdaily.
Pada
pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti
12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.
BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi.
No comments:
Post a Comment